fbpx
ujian psikometrik jururawat gred u29

Ujian Psikometrik Jururawat U29

Tahniah sekiranya dipanggil untuk menduduki ujian psikometrik bagi jawatan Jururawat Gred U29 bagi sesi kali ini.  Persoalanya apakah persediaan yang boleh dibuat kali ini. 

JUMLAH KEKOSONGAN 

Sebelum kita pergi dengan lebih jauh, mari kita lihat jumlah kekosongan yang ditawarkan kali ini. Semakin banyak jumlah kekosongan maka tinggi peluang kejayaan Ujian Psikometrik 

jawatan kosong jururawat 2024

Nampaknya kekosongan amat banyak kali ini.  Sebanyak 2,431 kekosongan dan hampir 4000 simpanan.  Bagi jumlah sebegini jarang sebenarnya pengambilan dibuat. Kita boleh nampak akan ramai calon yang akan ditawarkan jawatan kali ini. 

PERSEDIAAN UJIAN PSIKOMETRIK JURURAWAT U29

Bagi proses saringan awal daripada  ribuan calon yang memohon, pihak SPA menggunakan kaedah penilaian ujian psikometrik bagi jawatan Jururawat U29 kali ini. Apa yang penting, anda perlu membuat persediaan ujian ini dengan terbaik. Antara perkara-perkara yang perlu di buat adalah:

  1. Semak kelayakan panggilan menduduki ujian 
  2. Semak tarikh dan masa ujian 
  3. Uruskan waktu dengan perancangan sewajarnya seperti mengambil cuti 
  4. Fahami konsep dan bentuk soalan 
  5. Persediaan alat komunikasi semasa ujian online

 

 

 

 

PANDUAN MENJAWAB PSEE PSIKOMETRIK 

i. Menyediakan peranti (gadget) yang bersesuaian dan capaian internet yang baik;
ii. Merancang masa menjawab PSEE. Jawab awal bagi mengelakkan kesuntukan masa;
iii. Memastikan persekitaran yang selesa dan kondusif;
iv. Memastikan emosi ketika menjawab PSEE tenang dan dalam keadaan bersedia;
v. Membaca soalan dengan teliti dan terus menjawab;
vi. Menjawab dengan jujur; dan
vii. Memastikan calon tidak dipengaruhi dan diwakili oleh orang lain semasa menduduki PSEE.

PENENTUAN KEJAYAAN ATAU KEGAGALAN

Secara dasarnya penilaian psikometrik tiada jawapan betul atau salah. Penentuan sama ada calon melepasi atau tidak melepasi tahap penilaian mengambil kira skor merit, jumlah kekosongan jawatan yang ditawarkan dan bilangan calon yang menduduki PSEE. Buat Persediaan Segera.

RUJUKAN PSIKOMETRIK 

Bagi bantu persediaan ujian kali ini, saya syorkan anda dapatkan rujukan di bawah bagi bantu persediaan. 

Ujian Psikometrik Jururawat