Ujian Pemeriksaan Fizikal Pancaindera dan Kecergasan (UFPK)
Tahniah kerana anda dipanggil untuk menghadiri Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan atau singkatan UFPK. Nama ujian ini telah di Re- Branding .. dulu-dulu nama lain..
APAKAH KOMPONEN UJIAN KECERGASAN FIZIKAL, PANCAINDERAN DAN KECERGASAN UFPK?
Baiklah, kita pergi ke topik UFPK ( Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan). Ada 2 Komponen yang akan diuji iaitu
- Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera
- Kecergasan
Ramai bertanya Admin, Kenapa SPA perlu uji semua ini? Untuk makluman, bukan semua jawatan perlu melalui UFPK ini. Hanya jawatan yang beruniform sahaja disyaratkan. Senarai seperti di bawah:
1. | Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 | |
2. | Pegawai Siasatan Gred P41 | |
3. | Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 | |
4. | Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 | |
5. | Pegawai Kesatria Gred S41 | |
6. | Penolong Pegawai Kesatria Gred S29 | |
7. | Pembantu Kesatria Gred S17 | |
8. | Pegawai Keselamatan Gred KP41 | |
9. | Penolong Pegawai Keselamatan Gred KP29 | |
10. | Pembantu Keselamatan Gred KP17 | |
11. | Penguasa Penjara Gred KA41 | |
12. | Penolong Penguasa Penjara Gred KA29 | |
13. | Pegawai Penjara Gred KA19 | |
14. | Penguasa Bomba Gred KB41 | |
15. | Penolong Penguasa Bomba Gred KB29 | |
16. | Pegawai Bomba Gred KB19 | |
17. | Penguasa Imigresen / Penolong Penguasa Imigresen(Skim Perkhidmatan Bersepadu) | |
18. | Pegawai Imigresen Gred KP19 | |
19. | Leftenan Muda Maritim Gred T13 | |
20. | Bintara Muda Maritim Gred T5 | |
21. | Laskar Kelas II Maritim Gred T1 | |
22. | Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 | |
23. | Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29 | |
24. | Pembantu Pertahanan Awam Gred KP19 |
Sebenarnya, bagi unit uniform, keadaan fizikal amat penting. Ini disebabkan akan menampakkan penampilan khusus contohnya penguatkuasa. Imej Penguatkuasa akan terserlah jika anda mempunyai sosok tubuh begini..
Faham yer tujuan ujian ini.. Sebagai ahli beruniform anda tentunya akan terlibat dalam aktiviti penguatkuasaan dalam menguatkuasakan sesuatu undang-undang ataupun peraturan -peraturan yang ditetapkan kerajaan. Anda akan nampak gah dan peluang untuk membuat sesuatu aktiviti penguatkuasaan akan mudah.
Anda akan diberi masa beberapa minggu selepas keputusan kejayaan ujian aptitud / psikometrik diumumkan. So di sini ambil kesempatan untuk memperbaiki mana yang kurang. Sekiranya BMI kurang, cepat-cepat betulkan dengan diet dan senaman yang mencukupi. Faham yer.
Table of Contents
ToggleARAHAN KEPADA CALON
Pada hari ujian calon hendaklah lengkap berpakaian sukan dan membawa perkara berikut:-
- i) Surat panggilan pemeriksaan fizikal yang di cetak melalui emel atau Portal SPA.
- ii) Kad Pengenalan.
iii) Surat pengesahan dari SPA bagi calon tukar pusat dan tukar tarikh
- Calon mestilah mematuhi arahan Ketua Penguji/Penguji.
- Calon hendaklah berada di pusat pemeriksaan fizikal lima belas (15) minit sebelum pemeriksaan.
TIPS PENTING
- Buat Persediaan Awal Terutama Kecergasan Agar Anda Tidak Pancit Awal
- Ramai Tak Lepas BMI !!! Take Note
- Semasa Pemeriksaan Mata, Jangan Pakai Contact Lense.. Mmg Kantoi sebab diorang suruh gosok.
- Time Pemeriksaan Tubuh Badan dan Gaya Berjalan:
- Kedudukan Tangan
- Kedudukan Bahu
- Fizikal Tulang Belakang
- Gaya Berjalan Biasa
- Pelajari Teknik Kawad Yang Betul.
- Praktis Kecergasan, Lompat Jauh Berdiri, Ulang Alik dan Bangun Latih Tubi.
Ok. kalau dah lepas, bolehlah balik dan tgu result ke next stage. So dah faham kan tindakan yang perlu dibuat.
Bertindak sekarang!! Tiada orang lain yang boleh tolong anda terutama BMI tu.. So berusahalah, anda masih mempunya masa.
TIPS PERSEDIAAN UJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN – UFPK
Berikut adalah beberapa tip untuk lulus ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera, dan kecergasan yang diadakan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA):
1.KESIHATAN FIZIKAL
- Pastikan anda sihat. Makan secara seimbang, cukup rehat, dan elakkan tabiat tidak sihat seperti merokok
- Mulakan rutin bersenam beberapa bulan sebelum ujian untuk memastikan kecergasan fizikal anda berada pada tahap yang optimal.
2.Latihan Kecergasan Khusus
- Tumpukan pada latihan kardiovaskular seperti lari, berenang, atau berbasikal untuk meningkatkan stamina jantung dan paru-paru.
- Lakukan latihan kekuatan untuk meningkatkan kekuatan otot. Ini termasuk latihan angkat berat atau latihan menggunakan berat badan seperti push-up, sit-up, dan squats.
3.Pemeriksaan Pancaindera
- Untuk pemeriksaan penglihatan dan pendengaran, pastikan anda telah memeriksanya dengan dokter jika anda mempunyai masalah dengan kedua-dua indera tersebut. Jika menggunakan kacamata atau alat bantu dengar, pastikan alat tersebut dalam keadaan baik dan sesuai dengan keperluan yang diperlukan.
4.Persiapan Mental
- Kekuatan mental sangat penting dalam menghadapi ujian kecergasan. Latihan meditasi atau teknik relaksasi lain dapat membantu mengurangi tekanan dan meningkatkan fokus.
5.Praktik Ujian Fizikal
- Jika boleh, ketahui jenis-jenis aktiviti yang akan diuji dan mulailah berlatih secara spesifik. Contohnya, jika ada ujian lari, latihlah lari dalam pelbagai waktu dan jarak.
6. Pemeriksaan Kesehatan
- Beberapa minggu sebelum ujian, lakukan pemeriksaan kesehatan secara menyeluruh. Ini termasuk pemeriksaan darah, tekanan darah, dan pemeriksaan fizikal lainnya untuk memastikan tidak ada masalah kesehatan yang tidak dikenalpasti.
7. Pemulihan dan Istirahat
Jangan abaikan kepentingan pemulihan. Pastikan tubuh anda mendapatkan rehat yang cukup sebelum hari ujian untuk menghindari keletihan.
8. Nutrisi
Nutrisi yang baik penting untuk menjaga energi dan prestasi yang optimal.
Dengan mengikuti tip-tip di atas, anda akan lebih bersedia untuk menghadapi ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera, dan kecergasan yang diadakan oleh SPA. Semoga berhasil!