Berikut adalah maklumat alternatif calon lepasan SPM (pemohon) yang telah memohon menyertai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia, akan diumumkan.
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) direka khas untuk Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melatih bakal guru dalam pelbagai bidang profesional bagi memenuhi keperluan sekolah rendah. Pemohon yang berjaya hendaklah mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Persediaan (PPISMP) sepenuh masa selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkaitan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Pemohon yang lulus PPISMP tersebut akan diberikan Sijil Tamat PPISMP seterusnya ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara sepenuh sepenuh masa.
RUJUKAN PERSEDIAAN TEMUDUGA IPG
Bagi bantu persediaan temuduga kali ini, admin syorkan dapatkan rujukan di bawah: