Soalan Ujian Pengesahan Perkhidmatan Awam (Gred 1,5,9)

Tips Menjawab Soalan Ujian Pengesahan Perkhidmatan Awam

Soalan Ujian Pengesahan Perkhidmatan (UPP) adalah ujian wajib bagi penjawat awam untuk disahkan dalam jawatan. Ramai calon gagal kerana kurang persediaan. Artikel ini berkongsi tips menjawab UPP Perkhidmatan Awam supaya anda lebih yakin dan bersedia.

1. Fahami Bentuk Soalan Ujian

Soalan biasanya merangkumi pengetahuan am kerajaan, peraturan perkhidmatan awam, undang-undang kecil, tatakelakuan & integriti, serta kemahiran bahasa/aritmetik. Pastikan anda tahu sama ada berbentuk objektif, subjektif, atau esei pendek.

2. Kuasai Peraturan & Etika Perkhidmatan

Baca dan fahami dokumen penting seperti:

  • Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993
  • Perlembagaan Persekutuan (Bahagian berkaitan perkhidmatan awam)
  • Arahan Perbendaharaan & Pekeliling Perkhidmatan
  • Kod Etika Penjawat Awam

Ini akan membantu menjawab soalan UPP berkaitan integriti dan tatakelakuan.

3. Ulang Kaji Dasar Kerajaan & Isu Semasa

Soalan juga mungkin menyentuh dasar kerajaan seperti Malaysia MADANI, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), Wawasan Kemakmuran Bersama, Akta SPRM, dan digitalisasi perkhidmatan awam. Pastikan anda mengikuti isu semasa.

4. Latih Menjawab Soalan Objektif & Kefahaman

Bahagian ini menguji matematik asas, tatabahasa BM, serta kefahaman teks. Latih diri dengan contoh soalan UPP Perkhidmatan Awam untuk biasakan diri dengan format sebenar.

5. Urus Masa & Kekal Tenang

Bahagikan masa mengikut bahagian soalan. Jangan terlalu lama pada satu soalan sahaja. Baca arahan dengan teliti dan semak semula jawapan jika ada masa berbaki.

Kesimpulan

Persediaan awal adalah kunci lulus Soalan Ujian Pengesahan Perkhidmatan Awam. Dengan menguasai peraturan, dasar kerajaan, isu semasa, dan latihan menjawab soalan, peluang anda untuk lulus akan meningkat.

๐Ÿ‘‰ Tip Tambahan: Dapatkan Rujukan Lengkap Ujian & Temuduga Kerajaan untuk latihan tambahan. Latihan berulang akan meningkatkan keyakinan anda semasa menghadapi peperiksaan sebenar.

10 CONTOH SOALAN UJIAN PERKHIDMATAN GRED 1- 4 

Pengetahuan mengenai “pattern” soalan ujian amat penting. Selain itu ujian ini diadakan bagi membolehkan pegawai- pegawai dalam Gred 19 hingga Gred 28 mempunyai pengetahuan asas mengenai arahan dan peraturan Kerajaan. 

Mari kita lihat beberapa contoh soalan ujian perkhidmatan ini.

1. Berikut adalah syarat-syarat bagi pengesahan seseorang pegawai kecuali

A. Surat Akuan Sumpah
B. Lulus tapisan keselamatan
C. Menandatangani surat aku janji
D. Lulus peperiksaan yang disyaratkan 

2. Seseorang pegawai Semenanjung yang diarahkan bertukar ke Sabah akan memikmati elaun serta kemudahan berikut kecuali

A. Bayaran Insentif Wilayah
B. Elaun gangguan
C. Elaun Perumahan Wilayah
D. Tambang penerbangan balik ke Semenanjung tiga (3) tahun sekali 

3. Berikut adalah bulan pergerakan gaji tahunan kecuali

A. April
B. Jun 
C. Januari
D. Oktober

4.Seseorang pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan berhasrat untuk meletakkan jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis

A. 30 hari sebelum perletakan jawatan itu berkuatkuasa
B. 30 hari atau sebulan gaji
C. 90 hari sebelum perletakan jawatan atau sebulan gaji <<
D. 90 hari sebelum perletakan jawatan atau tiga bulan gaji

5. Berapakah jumlah maksimum yang dibenarkan bagi temph percubaan dengan berdenda

A. 3 tahun
B. 4 tahun
C. 2 tahun 
D. 6 tahun

6. En. Asri seorang Pegawai di Kementerian Y akan menghadiri satu mesyuarat di Jepun. Beliau memerlukan wang pendahuluan diri bagi menampung perbelanjaan di sana. Pendahuluan diri yang boleh dituntutnya

A. Tidak melebihi elaun makan beserta elaun lojing yang boleh dituntut
B. Tidak melebihi elaun makan beserta bayaran sewa hotel yang boleh dituntut 
C. Tidak melebihi elaun makan,elaun lojing, elaun pakaian panas
D. Tidak melebihi elaun makan yang boleh dituntut

7. Kemudahan cuti apakah yang boleh diberikan kepada pegawai yang mengiringi anaknya mendapat rawatan di luar stesyen

A. Cuti tanpa rekod
B. Cuti sambilan
C. Cuti sakit
D. Cuti rehat 

8. Perkara-perkara berikut adalah benar mengenai ‘Pemangkuan’ kecuali

A. Perlaksanaan tugas tersebut di samping tugasnya sendiri 
B. Suatu jawatan yang lebih tinggi grednya dari jawatan hakiki pegawai
C. Perlu mendapat kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat
D. Pegawai dibayar elaun memangku

9. Syarat utama bagi seseorang untuk dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam Malaysia ialah

A. Mestilah seorang warganegara Malaysia 
B. Mempunyai kelayakan yang disyaratkan
C. Mempunyai susuk tubuh yang disyaratkan
D. Mengikut jantina yang tertentu

10. Yang manakah di bawah ini bukan dalam kategori cuti yang sama

A. Cuti bersalin
B. Cuti Isteri bersalin 
C. Cuti TB, barah dan kusta
D. Cuti kerantina

Macam mana pendapat anda mengenai tahap soalan di atas? susah kan? Jawapan akan jadi susah jika anda tak study. Ujian ini amat penting. Jika anda tidak lulus anda berisiko untuk ditamatkan perkhidmatan tau.

pengesahan jawatan

HOME (PANDUAN LAIN-LAIN JAWATAN)

Scroll to Top