Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru Online (eUKCG) bagi Permohonan Biasiswa Perguruan ISMP Tahun 2023
Tahniah sekiranya dipanggil menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru- E-UKCG bagi Program Biasiswa Perguruan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2023. .
Table of Contents
TogglePENGENALAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU ( E-UKCG) BIASISWA PERGURUAN
UKCG bermaksud Ujian Kelayakan Calon Guru, jadi sesiapa sahaja yang ingin menjadi seorang guru wajib ambil ujian ini sebelum melangkah ke profession guru.
Ujian ini ada 2 Bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Selalunya Bahagian A lebih Panjang dari Bahagian B. Bahagian A ada soalan dan diberi masa selama 30 minit. Manakala soalan Bahagian B ada soalan dan diberi masa 15 minit sahaja untuk menjawab soalan tersebut.
Soalan-soalan dirangka dalam menilai minat kerjaya, personaliti, integriti, nilai integriti dan kecerdasan emosi.
KENAPA RAMAI TIDAK LULUS ?
Ada beberapa sebab calon selalunya gagal
- Terlepas Tarikh – Tidak boleh diubah dan perlu dijawab dalam tarikh yang diberikan.
- Tak Cukup Masa– 120 soalan hanya 30 minit. Perlu pandai bahagi masa jawab soalan
- Kurang membuat Latihan – Anda akan membuang masa berfikir soalan-soalan yang remeh
- Jawab dalam keadaan gopoh – Masalah internet, suasana bising
- Terlalu jujur dalam menjawab – Tonjolkan Nilai Positif
CONTOH SOALAN UJIAN UKCG
Akan ada 2 Bahagian iaitu bahagian A(135 soalan)dan bahagian B(60 soalan). Bahagian A ada 2 pilihan jawapan, manakala bahagian B akan ada 4 pilihan jawapan. Soalan mudah-mudah aja cuma jangan terperangkap.
Contoh 1 : Adakah anda ingin berkawan dengan orang yang mengherdik anda ?
Jawapan :
A. Ya
B.Tidak
Contoh 2 : Adakah anda pernah berniat untuk mencederakan orang lain ?
A – Tidak benar sama sekali
B – Tidak benar
C- Sangat benar
D- Sangat benar sekali
3) Saya sering cari peluang untuk membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat.
A. Setuju
B. Tidak setuju
4) Sekolah tidak bertanggungjawab dengan soalan guru
A. Setuju
B. Tidak setuju
5.) Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik sahaja
A. Setuju
B. Tidak setuju
Nampak tak bentuk soalannya. Tips untuk menjawab adalah anda perlu berada dalam situasi guru semasa menjawab. Masa adalah amat terhad untuk anda berfikir panjang.
RUJUKAN UJIAN UKCG
Saya syorkan anda dapatkan rujukan dibawah dalam membantu persediaan kali ini. Banyakkan membaca kerana ia amat penting untuk kejayaan anda.
PENUTUP
Selain itu, ada jawatan lain yang sedang di temuduga atau akan temuduga. Saya senaraikan dibawah untuk anda mudah mendapatkan info jawatan supaya persediaan anda seratus peratus kali ini. Klik Link Dibawah:
- Temuduga Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19
- Temuduga Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
- Temuduga Pegawai Penyelidik Gred Q41
Boleh buat pembacaan.
Semoga berjaya kali ini.