Contoh Soalan Ujian Kelayakan Calon Guru E-UKCG
Tahniah sekiranya dipanggil / membuat persediaan menghadapi Ujian Kelayakan Calon Guru (E-UKCG). Ujian ini merupakan saringan awal bagi menentukan kelayakan anda sebagai kerjaya sebagai guru.
Table of Contents
TogglePENGENALAN UJIAN KELAYAKAN CALON GURU ( E-UKCG)
e-UKCG bermaksud Ujian Kelayakan Calon Guru, jadi sesiapa sahaja yang ingin menjadi seorang guru wajib ambil ujian ini sebelum melangkah ke profession guru.
Soalan-soalan dirangka dalam menilai minat kerjaya, personaliti, integriti, nilai integriti dan kecerdasan emosi.
KENAPA RAMAI TIDAK LULUS ?
Ada beberapa sebab calon selalunya gagal
Terlepas Tarikh
Tak Cukup Masa
Kurang membuat Latihan
Jawab dalam keadaan gopoh
Terlalu jujur dalam menjawab
CONTOH SOALAN UJIAN UKCG
Akan ada 2 Bahagian iaitu bahagian A(135 soalan)dan bahagian B(60 soalan). Bahagian A ada 2 pilihan jawapan, manakala bahagian B akan ada 4 pilihan jawapan. Soalan mudah-mudah aja cuma jangan terperangkap. Format juga boleh berubah-ubah.
Contoh 1 : Adakah anda ingin berkawan dengan orang yang mengherdik anda ?
Jawapan :
A. Ya
B.Tidak
Contoh 2 : Adakah anda pernah berniat untuk mencederakan orang lain ?
A – Tidak benar sama sekali
B – Tidak benar
C- Sangat benar
D- Sangat benar sekali
3) Saya sering cari peluang untuk membina hubungan interpersonal yang rapat dengan rakan sejawat.
A. Setuju
B. Tidak setuju
4) Sekolah tidak bertanggungjawab dengan soalan guru
A. Setuju
B. Tidak setuju
5.) Harapan saya ialah dapat mengajar murid yang cerdik sahaja
A. Setuju
B. Tidak setuju
Nampak tak bentuk soalannya. Tips untuk menjawab adalah anda perlu berada dalam situasi guru semasa menjawab. Masa adalah amat terhad untuk anda berfikir panjang.
RUJUKAN UJIAN UKCG / TEMUDUGA GURU?
Bagi memantapkan lagi persediaan kali ini, admin syorkan anda dapatkan rujukan dibawah dalam membantu persediaan kali ini. Banyakkan membaca kerana ia amat penting untuk kejayaan anda.