fbpx

Program Assesment Centre (PAC) Pegawai Tadbir dan Diplomatik PTD Sesi 2024

Tahniah sekiranya anda berjaya Ujian Psikometrik yang diadakan pada 13 dan 14 Disember 2023 yang lepas. Terdapat beberapa peringkat saringan yang perlu dilalui untuk bergelar Pegawai Tadbir Dan Diplomatik. 

pegawai tadbir dan diplomatik

SESI 1 – PROGRAM ASSESMENT CENTRE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK (PAC)

Setelah berjaya dalam peperiksaan online, anda akan dipanggil menghadiri Program Assessment Centre atau ringkasnya PAC. PAC merupakan mekanisme bagi membantu pihak JPA membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon sebelum diperakukan kepada SPA untuk tujuan temuduga dan lantikan ke perkhidmatan awam. Perlaksanaan PAC ini bermula sejak tahun 1999 dengan melibatkan kesemua INTAN kampus wilayah termasuk INTAN Sabah dan INTAN Sarawak.

PAC PTD

SESI 2 –  TEMUDUGA PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK 

Untuk mempersiapkan diri bagi temuduga Pegawai Tadbir dan Diplomatik, berikut adalah beberapa panduan yang dapat membantu:

1.Pengetahuan Mengenai Kerja: Fahami peranan dan tanggungjawab seorang Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Ini termasuk memahami struktur dan fungsi kerajaan, serta dasar-dasar negara.

2.Pemahaman Isu Semasa: Sentiasa mengikuti perkembangan isu semasa, baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Ini penting kerana seorang pegawai diplomatik perlu peka dengan isu-isu global.

3.Kemahiran Komunikasi: Latih kemahiran berkomunikasi dengan baik, termasuk kemahiran bertutur dalam bahasa rasmi dan bahasa antarabangsa, serta kemahiran menulis yang efektif.

4.Latihan Temuduga: Lakukan latihan temuduga dengan rakan atau mentor. Ini termasuk menjawab soalan-soalan umum temuduga, serta soalan khusus yang berkaitan dengan peranan diplomatik dan tadbir.

5.Penampilan Profesional: Pastikan penampilan anda kemas dan profesional. Ini mencerminkan sikap serius dan komitmen terhadap peranan yang akan dipegang.

RUJUKAN PERSEDIAAN PAC DAN TEMUDUGA PTD 

Bagi membantu persediaan anda kali ini saya syorkan anda dapatkan rujukan di bawah untuk bantu persediaan. 

PAC PTD