Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan di Kementerian Kesihatan Malaysia

Tahniah sekiranya anda dipanggil menduduki ujian psikometrik bagi jawatan latihan separa perubatan. Nampaknya pihak penguji  telah keluarkan iklan kekosongan untuk kemasukan latihan Separa Perubatan  Buat persediaan sewajarnya demi kejayaan anda. Ribuan kekosongan ditawarkan kali ini. 

APA ITU LATIHAN SEPARA PERUBATAN ?

Latihan separa perubatan penting kerana ia membantu dalam menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan berkemahiran untuk menyokong sistem penjagaan kesihatan. Peserta program ini biasanya mendapat sijil atau diploma, dan mereka memainkan peranan penting dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.

Sekiranya anda berjaya dalam sesi latihan separa perubatan ini anda berpeluang diserap terus ke dalam jawatan tetap kerajaan. Anda akan turut menerima imbuhan-imbuhan kerajaan yang ditawarkan. 

Anda usah risau kerana sepanjang latihan diadakan anda akan turut menerima elaun. Cukup rasanya untuk “survive”. 

 

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA

 

Berikut merupakan senarai 10 jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma yang ditawarkan:

 

 

Latihan Jururawat

Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran

Latihan Juru X-Ray (Diagnostik/Terapi)

Latihan Jurupulih Perubatan Fisioterapi

Latihan Jurupulih Perubatan Cara Kerja

Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan

Latihan Penolong Pegawai Farmasi

Latihan Juruteknologi Pergigian (Sesi Pengambilan Julai sahaja)

Latihan Juruterapi Pergigian (Sesi Pengambilan Julai sahaja)

 

SENARAI LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF SIJIL

 

Berikut merupakan senarai dua (2) jenis Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil yang ditawarkan:

Latihan Pembantu Kesihatan Awam

Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

 

FORMAT SOALAN PSIKOMETRIK

 

Berdasarkan pengalaman lepas soalan bentuk psikometrik digunakan untuk menapis calon.  Soalan juga lebih direct. Anda diberi pilihan 

  • YA
  • TIDAK 
  • Sangat Tidak Setuju 
  • Setuju 
  • Tidak pasti 
  • Sangat menggambarkan diri saya 
  • Tidak menggambarkan diri saya 

Ujian ini bertujuan untuk mengecilkan jumlah calon. Hanya yang betul-betul mempunyai sikap yang bersesuaian sahaja dipilih. 

 

BAGAIMANA PENILAIAN DIBUAT?

 

Seperti ujian psikometrik yang lain, ujian ini bertujuan untuk mengukur kecenderungan individu dan kesesuaian lantikan yang dibuat. perlu di fahami, sekiranya berjaya, anda akan masuk belajar. 

Jadi, soalan-soalan yang diuji akan menjurus kepada minat. Sekiranya awal-awal lagi pihak penguji dapat mengesan calon sememangnya tak berminat, awal-awal lagi akan di reject. 

Tambah-tambah yang memohon atas desakan keluarga dan bukan atas minat calon itu sendiri. 

 

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK LATIHAN SEPARA PERUBATAN 

 

Konsep soalan ujian psikometrik bagi latihan separa perubatan selalunya digunakan untuk menapis calon sebelum ke proses temuduga. 

Kalau dilihat dengan exam psikometrik lepas bagi latihan separa perubatan. Ia lebih kepada menjurus kepada minat. Soalan-soalan lebih “straight-forward”, tetapi anda mesti ingat, tujuan ujian ini diadakan bagi mengecilkan jumlah calon yang memohon. Pasti akan ada yang lulus dan gagal.

Jadi. Buat persediaan sewajarnya agar anda mempunyai kelebihan. 

 

RUJUKAN UJIAN LATIHAN SEPARA PERUBATAN 

 

Bagi bantu persediaan menghadapi Ujian Latihan Separa Perubatan Sesi Tahun  ini. Admin syorkan anda dapatkan rujukan di bawah untuk bantu persediaan kali ini. 

 

Bantuan Admin

Scroll to Top