Panduan Menjawab Ujian Psikometrik Latihan Separa Perubatan (Gabungan Jawatan)
Tahniah sekiranya anda dipanggil menduduki ujian psikometrik bagi jawatan latihan separa perubatan. Nampaknya pihak penguji telah keluarkan iklan kekosongan untuk kemasukan latihan Separa Perubatan sesi Julai 2024. Buat persediaan sewajarnya demi kejayaan anda. 2,910 kekosongan ditawarkan kali ini. Sila tonton video di bawah dahulu.
Table of Contents
ToggleAPA ITU LATIHAN SEPARA PERUBATAN ?
Latihan separa perubatan penting kerana ia membantu dalam menyediakan tenaga kerja yang terlatih dan berkemahiran untuk menyokong sistem penjagaan kesihatan. Peserta program ini biasanya mendapat sijil atau diploma, dan mereka memainkan peranan penting dalam menyediakan penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada masyarakat.
Sekiranya anda berjaya dalam sesi latihan separa perubatan ini anda berpeluang diserap terus ke dalam jawatan tetap kerajaan. Anda akan turut menerima imbuhan-imbuhan kerajaan yang ditawarkan.
Anda usah risau kerana sepanjang latihan diadakan anda akan turut menerima elaun. Cukup rasanya untuk “survive”.
Format Soalan Psikometrik Separa Perubatan
Berdasarkan pengalaman lepas soalan bentuk psikometrik digunakan untuk menapis calon. Soalan juga lebih direct. Anda diberi pilihan
- YA
- TIDAK
- Sangat Tidak Setuju
- Setuju
- Tidak pasti
- Sangat menggambarkan diri saya
- Tidak menggambarkan diri saya
Ujian ini bertujuan untuk mengecilkan jumlah calon. Hanya yang betul-betul mempunyai sikap yang bersesuaian sahaja dipilih.
Bagaimana penilaian dibuat?
Seperti ujian psikometrik yang lain, ujian ini bertujuan untuk mengukur kecenderungan individu dan kesesuaian lantikan yang dibuat. perlu di fahami, sekiranya berjaya, anda akan masuk belajar.
Jadi, soalan-soalan yang diuji akan menjurus kepada minat. Sekiranya awal-awal lagi pihak penguji dapat mengesan calon sememangnya tak berminat, awal-awal lagi akan di reject.
Tambah-tambah yang memohon atas desakan keluarga dan bukan atas minat calon itu sendiri.
Ujian psikometrik SPA dan Separa Perubatan Sama ke?
Nampak sama tapi tak serupa. Ujian Psikometrik SPA diuji untuk kemasukan kerja, manakala Ujian Psikometrik Separa Perubatan bertujuan untuk masuk belajar.
CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK LATIHAN SEPARA PERUBATAN
Konsep soalan ujian psikometrik bagi latihan separa perubatan selalunya digunakan untuk menapis calon sebelum ke proses temuduga.
Kalau dilihat dengan exam psikometrik lepas bagi latihan separa perubatan. Ia lebih kepada menjurus kepada minat. Soalan-soalan lebih “straight-forward”, tetapi anda mesti ingat, tujuan ujian ini diadakan bagi mengecilkan jumlah calon yang memohon. Pasti akan ada yang lulus dan gagal.
Jadi. Buat persediaan sewajarnya agar anda mempunyai kelebihan.
TIPS UJIAN PSIKOMETRIK MENGIKUT LATIHAN SEPARA PERUBATAN
Tips Temuduga Pelbagai Jawatan Lain, Sila Klik Link Di bawah
- Latihan Pembantu Kesihatan Awam
- Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
- Latihan Jururawat dari Jururawat Masyarakat (PSL)
- Latihan Jururawat
- Latihan Penolong Pegawai Perubatan