Tips Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera & Kecergasan (UFPK) BOMBA
Tahniah sekiranya anda berjaya ke sesi Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan -UFPK Bagi jawatan bomba tahun ini. Pastikan persediaan awal tahun ini untuk kejayaan anda.
Table of Contents
ToggleUJIAN PEMERIKSAAN FIZIKAL, PANCAINDERA DAN KECERGASAN ( UFPK) JAWATAN BOMBA KB19, KB29 DAN KB41
Ujian Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) adalah satu set ujian yang bertujuan untuk menilai keadaan fizikal, keupayaan penglihatan (pancaindera) , dan tahap kecergasan seseorang. Ujian ini biasanya termasuk pemeriksaan kesihatan am seperti pengukuran berat dan tinggi badan, penilaian kekuatan otot, kelenturan, dan stamina, serta ujian sensori termasuk penglihatan dan pendengaran.
Berikut dikongsikan perkara-perkara yang diuji semasa sesi tersebut.
Ada 2 Bahagian akan Diuji iaitu
A) Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera
B) Ujian Kecergasan Fizikal
Ujian Pemeriksaan BMI Bomba
Anda perlu mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal seperti yang berikut :
i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
iii. Mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
Ujian Penglihatan
Anda perlu mempunyai syarat-syarat pancaindera seperti yang berikut :
i. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
ii. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat.
iii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Kredit : wikipedia |
Ujian Pemeriksaan Tubuh Badan/ Fizikal Bomba
Untuk ujian ini pemeriksaan tubuh badan akan dilakukan untuk memastikan anda dalam keadaan sihat dan cergas. Pelbagai aspek tubuh akan disemak seperti
- Gaya berdiri
- Gaya duduk
- Gaya Berjalan
Dalam pemeriksaan ini anda akan ditanya pernah menjalani pembedahan sebelum ini.
Ujian Berkawad Bomba
Ujian ini dilakukan untuk memastikan lutut dan tangan tidak bengkok. Semestinya yang mempunyai pengalaman berkawad mempunyai kelebihan. Tonjolkan kelebihan anda.
Ujian Kecergasan Fizikal Bomba
Setelah anda melepasi semua ujian di atas, maka anda bakal lalui ke fasa Ujian Kecergasan. Untuk ujian ini anda benar-benar mempunyai fizikal yang kuat untuk menjalani beberapa aktiviti seperti berikut ;
1.Mengangkat Pemberat Seberat ;
i. Lelaki – 54 kilogram
ii. Perempuan – 46 kilogram
2.Menjulang dan menegakkan tangga Ajax ;
3.Memanjat tangga penyelamat setinggi 16.5 meter;
4.Memanjat tali setinggi 4.75 meter.
Selamat menjalani ujian fizikal, pancaindera dan kecergasan bagi Pegawai Bomba dan Penolong Penguasa Bomba.
TIPS MENGIKUT JAWATAN
Tips Temuduga Pelbagai Jawatan Lain, Sila Klik Link Di bawah
- Semua Rujukan
- Pemandu Kenderaan H11
- Ahli Muzik B29, B31 dan B41
- Pembantu Tadbir N19
- Penolong Pegawai Siasatan P29 SPRM
- Pembantu Pemuliharaan Gred S19
- Pegawai Imigresen Gred KP19
- Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29
- Setiausaha Pejabat S19/S29
- Latihan Separa Perubatan ( Sedang berlangsung)
- Ujian Psikometrik ( Sedang berlangsung)
- Pembantu Penguat Kuasa KP19 -KDN – (Sedang berlangsung)
- Pembantu Penguasa Kastam WK19
Sekiranya ada pertanyaan sila PM Admin di bawah