Contoh Soalan Ujian Jawatan Negeri Terengganu

Ujian Negeri Terengganu

Tahniah kerana telah terpilih untuk menduduki Ujian SPA Terengganu bagi Jawatan Kerajaan di  Negeri Terengganu.

TIPS UJIAN JAWATAN  NEGERI TERENGGANU

Mesti anda tertanya-tanya, kenapa ujian perlu anda menduduki exam lagi untuk kerja kerajaan ini.  Untuk makluman anda, persaingan untuk kemasukan ke kerja kerajaan adalah amat tinggi. Oleh itu, tujuan diadakan ujian adalah untuk memancung calon. Jadi kuota yang dipilih ke sesi seterusnya mungkin akan tinggal sikit. Jadi senanglah panel memilih nanti. 

Terdapat 2  Seksyen yang diuji dalam peperiksaan PEGAWAI Kerajaan  Negeri Terengganu  iaitu:

A. PENGETAHUAN AM

B. DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Baiklah, admin bersambung..  untuk makluman lain-lain gred lain scope yang diuji.. bergantung juga jenis ujian. Namun apa yang penting anda semak panggilan exam sebab scope  pengujian selalu berubah-ubah. 

Berdasarkan maklumbalas calon, kegagalan utama adalah disebabkan kurang pembacaan situasi semasa dan sikap mengambil lewa dan persediaan last minit. 

CONTOH SOALAN – PENGETAHUAN AM 

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki mengetahui cara umum berkaitan dengan kenegaraan Malaysia secara amnya dan TERENGGANU  khususnya. Selain itu, calon juga perlu memahami struktur organisasi pengurusan Kerajaan di Malaysia dan memahami konsep dan dasar semasa kerajaan. 

1. Berikut adalah kewajipan dan fungsi Pendaftar Wang Tak di  Tuntut (WTD) di  bawah akta wang tak dituntut 1965  KECUALI

  • A.  Pemegang amanah terhadap WTD yang diterima 
  • B. Memeriksa rekod syarikat bagi memastikan kepatuhan  peruntukan  akta
  • C. Membayar balik WTD kepada WTD empunya WTS    sekiranya terdapat permohonan tuntutan
  • D. Mengenakan kompaun dan denda terhadap syarikat yang     gagal mematuhi peruntukan Akta 

2. Siapakah yang mempunyai kuasa melantik Setiausaha Dewan Negara?

  • A. Yang di-Pertuan Agong
  • B.  Perdana Menteri
  • C. Speaker Dewan Negara
  • D. Speaker Dewan Rakyat 

3. Manakah antara berikut merupakan Inisiatif kerajaan persekutuan dalam membantu golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah. 

Program perumahan rakyat 
Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia 
Projek perumahan terbengkalai 
Projek perumahan penjawat awam 1malaysia

      A.  1 dan 2  
      B. 1 dan 3 
      C. 1,2 dan 3 
      D. 1.2 dan 4 

4. Apakah asas yang digunapakai oleh Malaysia dalam menangani isu pelarian Rohingya?

        A. Dasar Kemanusiaan

       B. Prinsip Persaudaraan ASEAN 

       C. Konvensyen pelarian 1951 dan protocol 1967 PBB

       D. Asean : 1 Visi 1 Identiti 1 Komuniti 

5.  Manakah bukan nilai teras Majlis Keselamatan Negara?

      A. Kesiapsiagaan 

      B. Kepimpinan Strategic 

      C. Amanah 

      D. Beriltizam 

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Seksyen ini mengkehendaki calon menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan kemahiran logik, kemahiran menginterprestasi data dan melalui pemahaman konsep-konsep  matematik. 

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, admin cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu:

Penyelesaian Masalah 
Menginterprestasi Data 
Soalan Matematik
Pemerhatian dan Logik ( Lebih kurang IQ test) 

Beberapa contoh soalan – Daya Menyelesaikan Masalah

1.  M ialah titik tengah gais lurus PQ. Koordinat P ialah (-6,9) dan koordinat titik M ialah (1,5). Cari Koordinat titik Q?

A. (-7,5)

B. (-5,13)

C. (7,2)

D. (8,1)

2. Satu Sampel data mengenai jenis daarah sekumpulan urid dalam sebuah kelas direkod. Semasa analisis data dibuat, manakah antara ukuran berikut yang diperoleh?

A.  Min 

B. Median

C. Mod 

D. Julat 

3. Kos menghasilkan 150g baja sebatian ialah RM20. Baja sebatian mengandungi 150g tanah hitam yang berharga RM24 dan 150g baja urea yang berharga RM18. Kira kandungan tanah hitan yang digunakan dalam baja sebatian tersebut?

A. 20g

B. 50g

C. 100g 

D. 150g 

4. Abu mempunyai RM180,000 dalam peti besi. Ianya terdiri daripada wang kertas RM100 dan RM10. Berapa kepingkah wang kertas RM10 yang Abu ada sekiranya dia mempunyai 88 keping RM 100 dan 200 keping RM50

A. 14,000 keping 

B. 16,120 keping 

C. 13,280 keping 

D. 15, 160 keping 

5. Perimeter sebuah segiempat tepat adalah 32 cm. jika lebar segiempat itu adalah 4 cm, cari panjang segiempat tersebut

A.  4 cm 

B. 8 cm 

C. 12 cm 

D. 16 cm 

Ujian Negeri Terengganu

 

Scroll to Top