fbpx

Semakan IPG UKCG temuduga dan keputusan tawaran PISMP 2024

Berikut adalah maklumat alternatif calon lepasan SPM (pemohon) yang telah memohon menyertai Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ambilan 2024 (PISMP) Institut Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia, akan diumumkan.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) direka khas untuk Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditubuhkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi melatih bakal guru dalam pelbagai bidang profesional bagi memenuhi keperluan sekolah rendah. Pemohon yang berjaya hendaklah mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Persediaan (PPISMP) sepenuh masa selama dua belas (12) bulan atau dua (2) semester di IPG berkaitan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pemohon yang lulus PPISMP tersebut akan diberikan Sijil Tamat PPISMP seterusnya ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama empat (4) tahun atau lapan (8) semester di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia secara sepenuh sepenuh masa.

 

 

 

 

Tarikh-tarikh penting

Tarikh-tarikh penting bagi permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Tahun 2024 adalah seperti berikut:

KEMAS KINI PERMOHONAN PISMP DAN PPC 2024

Pemohon PISMP dan PPC 2024 bagi kemasukan lepasan SPM dan STAM boleh membuat kemas kini permohonan bermula 27 Mei (pukul 3 petang) hingga 31 Mei 2024 (12 tengah hari)  di laman sesawang; https://pismp.moe.gov.my/

RUJUKAN PERSEDIAAN TEMUDUGA IPG 

Bagi bantu persediaan temuduga kali ini, admin syorkan dapatkan rujukan di bawah: 

HOME