fbpx

Contoh Soalan Ujian Pengesahan Perkhidmatan Gred 19 hingga 28

UJIAN PERKHIDMATAN

Tahniah sekiranya dipanggil ke sesi Ujian Perkhidmatan bagi Gred 19 hingga 28 bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan dalam perkhidmatan awam. Gagal ujian ini akan menyebabkan pengesahan ditunda dan berisiko tidak disahkan perkhidmatan. 

10 CONTOH SOALAN UJIAN PERKHIDMATAN GRED 19 HINGGA 28

Pengetahuan mengenai “pattern” soalan ujian amat penting. Selain itu ujian ini diadakan bagi membolehkan pegawai- pegawai dalam Gred 19 hingga Gred 28 mempunyai pengetahuan asas mengenai arahan dan peraturan Kerajaan. 

Mari kita lihat beberapa contoh soalan ujian perkhidmatan ini.

1. Berikut adalah syarat-syarat bagi pengesahan seseorang pegawai kecuali

A. Surat Akuan Sumpah
B. Lulus tapisan keselamatan
C. Menandatangani surat aku janji
D. Lulus peperiksaan yang disyaratkan 


2. Seseorang pegawai Semenanjung yang diarahkan bertukar ke Sabah akan memikmati elaun serta kemudahan berikut kecuali

A. Bayaran Insentif Wilayah
B. Elaun gangguan
C. Elaun Perumahan Wilayah
D. Tambang penerbangan balik ke Semenanjung tiga (3) tahun sekali 

3. Berikut adalah bulan pergerakan gaji tahunan kecuali

A. April
B. Jun 
C. Januari
D. Oktober


4.Seseorang pegawai telah disahkan dalam perkhidmatan berhasrat untuk meletakkan jawatan hendaklah mengemukakan notis bertulis

A. 30 hari sebelum perletakan jawatan itu berkuatkuasa
B. 30 hari atau sebulan gaji
C. 90 hari sebelum perletakan jawatan atau sebulan gaji <<
D. 90 hari sebelum perletakan jawatan atau tiga bulan gaji


5. Berapakah jumlah maksimum yang dibenarkan bagi temph percubaan dengan berdenda

A. 3 tahun
B. 4 tahun
C. 2 tahun 
D. 6 tahun


6. En. Asri seorang Pegawai di Kementerian Y akan menghadiri satu mesyuarat di Jepun. Beliau memerlukan wang pendahuluan diri bagi menampung perbelanjaan di sana. Pendahuluan diri yang boleh dituntutnya

A. Tidak melebihi elaun makan beserta elaun lojing yang boleh dituntut
B. Tidak melebihi elaun makan beserta bayaran sewa hotel yang boleh dituntut 
C. Tidak melebihi elaun makan,elaun lojing, elaun pakaian panas
D. Tidak melebihi elaun makan yang boleh dituntut

7. Kemudahan cuti apakah yang boleh diberikan kepada pegawai yang mengiringi anaknya mendapat rawatan di luar stesyen

A. Cuti tanpa rekod
B. Cuti sambilan
C. Cuti sakit
D. Cuti rehat 


8. Perkara-perkara berikut adalah benar mengenai ‘Pemangkuan’ kecuali

A. Perlaksanaan tugas tersebut di samping tugasnya sendiri 
B. Suatu jawatan yang lebih tinggi grednya dari jawatan hakiki pegawai
C. Perlu mendapat kelulusan Lembaga Kenaikan Pangkat
D. Pegawai dibayar elaun memangku

9. Syarat utama bagi seseorang untuk dilantik ke dalam Perkhidmatan Awam Malaysia ialah

A. Mestilah seorang warganegara Malaysia 
B. Mempunyai kelayakan yang disyaratkan
C. Mempunyai susuk tubuh yang disyaratkan
D. Mengikut jantina yang tertentu

10. Yang manakah di bawah ini bukan dalam kategori cuti yang sama

A. Cuti bersalin
B. Cuti Isteri bersalin 
C. Cuti TB, barah dan kusta
D. Cuti kerantina



 

Macam mana pendapat anda mengenai tahap soalan di atas? susah kan? Jawapan akan jadi susah jika anda tak study. Ujian ini amat penting. Jika anda tidak lulus anda berisiko untuk ditamatkan perkhidmatan tau.

Bagi bantu persediaan anda kali ini, admin syorkan anda dapatkan rujukan di bawah untuk bantu persediaan kali ini. 

UJIAN PERKHIDMATAN

Bantuan Admin

HOME