

SOALAN TEMUDUGA PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA GRED KP5 JPJ – CONTOH & TIPS LULUS 2025
Adakah anda dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5 di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)? Tahniah! Ini merupakan peluang kerjaya dalam perkhidmatan awam yang cukup berprestij. Dalam artikel ini, kami kongsikan contoh soalan temuduga sebenar, jawapan yang mantap, dan tips lulus untuk anda bersedia dengan yakin.
MAKLUMAT RINGKAS JAWATAN KP5 JPJ
- Nama Jawatan: Penolong Pegawai Penguat Kuasa
- Gred: KP5
- Kementerian/Jabatan: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ)
- Kumpulan: Pelaksana
- Skim Perkhidmatan: Penguat Kuasa
- Jenis Penempatan: Tetap
TUGAS UTAMA PENOLONG PEGAWAI PENGUAT KUASA KP5
- Menjalankan operasi penguatkuasaan undang-undang pengangkutan jalan
- Memeriksa lesen memandu dan cukai jalan
- Menahan dan menyita kenderaan yang melanggar undang-undang
- Menyediakan laporan penguatkuasaan
- Memberi nasihat dan penerangan kepada orang awam mengenai peraturan lalu lintas
CONTOH SOALAN TEMUDUGA & JAWAPAN
1. SILA PERKENALKAN DIRI ANDA.
Nama saya Ahmad Zulkifli, berumur 27 tahun, berasal dari Kedah dan merupakan graduan Diploma Penguatkuasaan Undang-undang. Saya seorang yang tegas, berdisiplin dan berminat dalam bidang keselamatan awam. Saya ingin menyumbang kepada negara melalui perkhidmatan di JPJ sebagai Penolong Pegawai Penguat Kuasa.
2. MENGAPA ANDA INGIN BEKERJA DI JPJ?
Saya tertarik dengan peranan JPJ dalam memastikan keselamatan jalan raya dan penguatkuasaan undang-undang. Saya yakin dengan minat dan latar belakang pendidikan saya, saya dapat menyumbang secara positif dan berkhidmat dengan penuh integriti.
3. APA TINDAKAN ANDA JIKA BERDEPAN DENGAN PEMANDU YANG ENGGAN BERI KERJASAMA?
Saya akan kekalkan ketenangan, kenalkan diri dan jelaskan tujuan pemeriksaan secara profesional. Jika masih enggan beri kerjasama, saya akan ikut prosedur JPJ dan maklumkan kepada pegawai atasan untuk tindakan lanjut.
4. APAKAH MAKSUD INTEGRITI DALAM PERKHIDMATAN AWAM?
Integriti bermaksud kejujuran, ketelusan dan tidak menyalahgunakan kuasa. Pegawai penguat kuasa perlu amanah dalam menjalankan tugas tanpa menerima rasuah atau pilih kasih.
5. APAKAH CABARAN DALAM BIDANG PENGUATKUASAAN DAN BAGAIMANA ANDA MENGATASINYA?
Cabaran utama ialah tekanan kerja dan sikap pengguna jalan raya. Untuk mengatasinya, pegawai perlu cekap kawal emosi, faham SOP, dan sentiasa utamakan keselamatan semasa bertugas.
TIPS LULUS TEMUDUGA KP5 JPJ
- Pakaian kemas dan profesional – Elakkan pakaian terlalu kasual.
- Ucap salam dan senyum – Tinggalkan first impression yang baik.
- Tahu skop tugas dan struktur JPJ – Baca di laman rasmi JPJ.
- Latih jawapan anda – Gunakan cermin atau rakam suara untuk semak sebutan.
- Bersedia dengan isu semasa berkaitan pengangkutan – Contoh: e-hailing, pemandu mabuk, kempen keselamatan jalan raya.
MUAT TURUN EBOOK RUJUKAN TEMUDUGA KERAJAAN
Nak lebih banyak soalan & jawapan temuduga? Klik di sini untuk tempahan eBook Rujukan Temuduga 2025 di bawah :
Semoga berjaya dalam temuduga Penolong Pegawai Penguat Kuasa Gred KP5 JPJ! Jika anda perlukan nota tambahan, soalan psikometrik atau contoh resume kerajaan, hubungi kami bila-bila masa.



