Jawatan Penerbit Rancangan Gred B5 / B9 memerlukan calon yang berpengetahuan luas, kreatif, dan mahir dalam penghasilan kandungan siaran sama ada untuk radio atau televisyen. Temuduga bagi jawatan ini bukan sahaja menguji pengetahuan am, tetapi juga kreativiti, keupayaan teknikal, serta kebolehan berkomunikasi.
Berikut adalah 4 tips persediaan terbaik untuk calon:
1. Kuasai Skop Tugas & Fungsi Penerbit Rancangan
Sebelum hadir ke temuduga, calon perlu memahami skop kerja penerbit rancangan. Antaranya ialah merancang, menulis skrip, menyusun jadual siaran, mengurus teknikal rakaman, dan memastikan kandungan sesuai dengan dasar kerajaan. Pengetahuan tentang struktur organisasi Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) atau agensi penyiaran lain juga penting.
2. Ikuti Isu Semasa & Dasar Kerajaan
Sebagai penerbit rancangan, anda perlu peka terhadap isu semasa kerana kandungan siaran mesti relevan dengan masyarakat. Calon disarankan membaca akhbar, menonton berita, serta meneliti dasar kerajaan terutama dalam bidang komunikasi, pendidikan, perpaduan, dan kebudayaan.
3. Tunjukkan Kreativiti & Kemahiran Berfikir Kritis
Temuduga untuk jawatan ini biasanya menguji idea kreatif calon, contohnya diminta mencadangkan konsep rancangan baharu. Jawapan anda perlu ringkas tetapi bernas, menunjukkan nilai pendidikan, hiburan sihat, serta selaras dengan kehendak penonton/pendengar.
4. Asah Kemahiran Komunikasi & Keyakinan Diri
Seorang penerbit rancangan mesti berani, jelas menyampaikan idea, serta mampu bekerjasama dengan pelbagai pihak. Dalam temuduga, gunakan bahasa yang formal tetapi mesra, elakkan terlalu kaku. Duduk dengan postur yakin, buat kontak mata, dan senyum sewajarnya.
Rujukan Temuduga:
Persediaan rapi adalah kunci kejayaan dalam temuduga Penerbit Rancangan Gred B5 / B9. Bagi bantu persediaan kali ini, kami ada sediakan rujukan khusus. Anda boleh dapatkan dibawah :




