Temuduga

Soalan Temuduga Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian Sesi Julai 2024

Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian  merupakan salah satu daripada Latihan Separa Perubatan yang ditawarkan KKM. Kursus ini direka khas sebagai intensif dalam cabang kesihatan untuk anda berkhidmat dengan sektor kerajaan. 



Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

PROSPEK KERJAYA 

Mengikuti Latihan Dalam Perkhidmatan bagi meningkatkan kemahiran dalam bidang Pembantu Pembedahan Pergigian yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Setelah berkhidmat dengan kerajaan dan memenuhi syarat yang ditetapkan, anda boleh memohon untuk mengikuti kursus lanjutan di peringkat diploma di Institusi -Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia 

KELAYAKAN AKADEMIK 

Kelayakan akademik minimum di peringkat SPM/SPM(V) :

Kepujian (6C) dalam:

  • Bahasa Melayu;
  • Matematik;
  • Salah satu subjek Sains (Sains/Sains Gunaan/Biologi/Kimia/Fizik); serta

Lulus (7D) dalam:

  • Bahasa Inggeris; dan
  • Dua (2) subjek lain

DESKRIPSI TUGAS PEMBANTU PEMBEDAHAN PERGIGIAN 

Bertanggungjawab sebagai salah seorang ahli kesihatan pergigian yang memainkan peranan dalam pengendalian klinikal pesakit, pendidikan kesihatan pergigian, pengurusan pesakit dan pentadbiran.

PERLANTIKAN KE SKIM PERKHIDMATAN 

Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia yang tamat latihan dengan jayanya akan dilantik ke jawatan Pembantu Pembedahan Pergigian Gred U19.  Secara umumnya anda akan diserap ke dalam jawatan kerajaan. 

IKATAN PERKHIDMATAN

Pelatih tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia diwajibkan berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh 2 tahun. 

PENEMPATAN 

  • Klinik Pergigian di Hospital Kerajaan 
  • Klinik Pergigian di Pusat Kesihatan 
  • Klinik Pergigian Sekolah 
  • Pasukan Pergigian Bergerak

Institusi Latihan KKM 

Sekiranya anda berjaya temuduga ini anda akan menjalani latihan di Pusat Pergigian Kanak-Kanak  Kolej Latihan Pergigian Malaysia, Pulau Pinang

PERSEDIAAN TEMUDUGA 

  • Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian Bagi Sesi Julai 2023
    (Kementerian Kesihatan Malaysia (Sarawak))
    [ Tarikh Temu Duga: 10 April 2023 – 11 April 2023 ]

Sebagai persediaan anda untuk menhadapi temuduga ini saya syorkan anda dapatkan rujukan di bawah untuk bantu persediaan anda kali ini.  Semoga Usaha Kecil ini akan membuahkan hasil kali ini. 

Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian

BONUS GROUP WHATSAPP DIEMEL BERASINGAN – SILA ALERT DENGAN EMEL !!!!! PASTIKAN TEMPAHAN MELALUI WEBSITE INI YER… 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button