

Pendahuluan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) merupakan agensi penting di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang bertanggungjawab mengawal selia kenderaan motor dan lalu lintas jalan raya. Jawatan Penolong Pegawai Penguat Kuasa KP29 merupakan tulang belakang kepada aktiviti penguatkuasaan. Calon yang berjaya bukan sahaja perlu memiliki ketahanan fizikal, malah perlu mempunyai ketajaman mental dan integriti yang tinggi untuk mendepani cabaran di lapangan.
Tugas Utama dan Tanggungjawab
Tugas seorang Penolong Pegawai Penguat Kuasa merangkumi aspek yang luas. Antaranya ialah menjalankan rondaan penguatkuasaan, melakukan pemeriksaan kenderaan di sekatan jalan raya (SJR), dan memastikan pemandu mematuhi Akta Pengangkutan Jalan 1987. Selain itu, pegawai juga bertanggungjawab dalam urusan pelesenan pemandu dan pendaftaran kenderaan bagi memastikan setiap aset yang berada di atas jalan raya adalah selamat dan sah dari segi undang-undang.
Cabaran dan Integriti
Bekerja di unit penguatkuasaan mendedahkan pegawai kepada pelbagai risiko, termasuk provokasi daripada orang awam dan risiko keselamatan semasa bertugas di jalan raya. Oleh itu, aspek integriti adalah tunjang utama. Seorang pegawai haruslah amanah dan tidak mudah luntur dengan sogokan atau rasuah. Ketegasan dalam melaksanakan undang-undang tanpa mengira bulu adalah kriteria utama yang dicari oleh panel penuduga.
Visi dan Misi JPJ
Calon harus menghayati visi JPJ iaitu menjadi “Peneraju Keselamatan Jalan Raya dan Perkhidmatan Kenderaan Motor Bertaraf Dunia Menjelang 2025”. Dalam sesi temuduga, calon perlu menunjukkan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada pengurangan kadar kemalangan jalan raya melalui penguatkuasaan yang berkesan dan pendidikan kepada masyarakat (advokasi).
Bagi bantu persediaan kali ini, kami ada sediakan rujukan secara ebook melalui rujukan di bawah:




