fbpx

Soalan Temuduga Pegawai Penjara Gred KA19

Tahniah sekiranya anda dipanggil temuduga oleh SPA untuk jawatan Pegawai Penjara Gred KA19.  Tahniah jua anda adalah insan terpilih yang boleh sampai ke peringkat interview ini.. bukan senang nak sampai ke peringkat ini.

Pegawai Penjara

SKOP TUGAS 

Bertanggungjawab mengawal banduan (orang tahanan/juvana) melibatkan keselamatan fizikal dan pengurusan termasuk tugas-tugas pemulihan dan kawalan semasa banduan menjalani rawatan di hospital atau menghadiri perbicaraan di mahkamah.

APAKAH ISU UTAMA CALON GAGAL DALAM TEMUDUGA PEGAWAI PENJARA GRED KA19?

 
 

Isu utama calon temuduga ialah kurang membaca. Pengetahuan am pun tak tahu, isu semasa pon tak tahu jadi susah nak cakap. Admin sarankan banyakkan membaca dan jadilah seorang yang berilmu. 

Interview Kerajaan ni tak sama macam interview swasta. Persediaan anda perlu lebih kerana ganjaran yang akan diterima selepas itu amat lumayan. Hanya yang betul-betul faham sahaja tahu madsud ini. 

APAKAH CONTOH-CONTOH JAWAPAN ‘ZAAS’ YANG BOLEH DIBERIKAN CALON AGAR PANEL TERTARIK ?

 

Dalam bersoal jawab dengan panel, anda perlulah mematuhi tatasusila semasa temuduga. Banyak pantang larang yang perlu dibuat supaya sesi temuduga anda berjalan lancar. 

Jawapan-jawapan yang “klise” atau biasa elakkan. Ini kerana panel di hadapan anda telah menemuduga ribuan calon dan agak muak mendengar jawapan yang standard. Anda perlu mencipta kelainan yang menyebabkan panel tersebut mengingati anda sewaktu mengisi markah penilaian selepas temuduga. 

[wd_hustle id=”61″ type=”embedded”/]

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PEGAWAI PENJARA GRED KA19?

Berikut merupakan contoh soalan lazim panel kerajaan yang mungkin boleh ditanyakan kepada anda:

  1. Sila terangkan mengenai diri anda.
  2. Apakah persediaan yang anda buat untuk menghadiri temuduga ini?
  3.  Mengapa kami patut ambil anda bekerja kerajaan?
  4. Mengapa anda kerap bertukar kerja?
  5. Bagaimana anda menyelesaikan sesuatu masalah?

RUJUKAN TEMUDUGA PEGAWAI PENJARA GRED KA19 ? 

Bagi memantapkan lagi persediaan kali ini, admin syorkan anda dapatkan rujukan dibawah dalam membantu persediaan kali ini. Banyakkan membaca kerana ia amat penting untuk kejayaan anda. 

Pegawai Penjara

PENUTUP 

Selain itu,  ada jawatan lain yang sedang di temuduga atau akan temuduga. Saya senaraikan dibawah untuk anda mudah mendapatkan info jawatan supaya persediaan anda seratus peratus kali ini. Klik Link Dibawah:

Boleh buat pembacaan. 

Semoga berjaya kali ini. 

Facebook
Twitter
LinkedIn