
Berikut merupakan ringkasan maklumat peperiksaan serta beberapa perkara penting yang perlu diberikan perhatian oleh calon.
Maklumat Peperiksaan Pegawai Tadbir N9
Calon boleh menjawab peperiksaan pada bila-bila masa dalam tempoh yang ditetapkan, iaitu antara 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada tarikh peperiksaan.
Format Peperiksaan
Ringkasan Format
- 50 soalan aneka pilihan.
- Tempoh menjawab ialah 60 minit.
- Setiap soalan mempunyai empat pilihan jawapan: A, B, C dan D.
- Calon perlu memilih satu jawapan sahaja.
- Semua soalan perlu dijawab dalam tempoh yang diberikan.
Dengan 50 soalan dalam masa 60 minit, secara purata calon mempunyai kira-kira 1 minit 12 saat untuk menjawab setiap soalan.
Oleh itu, calon perlu mengurus masa dengan baik dan mengelakkan daripada mengambil masa terlalu lama pada satu-satu soalan.
Peralatan Yang Disarankan
Berdasarkan arahan peperiksaan, calon dinasihatkan menggunakan desktop atau komputer riba bagi memudahkan proses menjawab peperiksaan.
Penggunaan telefon bimbit pula tidak digalakkan.
Pelayar internet yang disarankan ialah:
- Google Chrome
- Mozilla Firefox
Sebelum peperiksaan, pastikan laptop telah dicas, sambungan internet stabil dan pelayar internet boleh digunakan dengan baik.
Penting: Masa Bermula Selepas Masuk Sistem
Selepas calon memasuki sistem untuk menjawab peperiksaan, kiraan masa peperiksaan akan terus bermula dan dipaparkan secara menurun.
Sebaiknya pastikan anda sudah berada di tempat yang selesa, internet stabil dan segala persediaan telah selesai sebelum memulakan peperiksaan.
Petunjuk Soalan Dalam Sistem
Sistem peperiksaan menyediakan panel petunjuk soalan bagi membantu calon mengenal pasti soalan yang telah atau belum selesai dijawab.
- Hijau – soalan yang telah selesai dijawab dan dihantar.
- Merah – soalan yang masih belum dijawab.
Sebelum menamatkan peperiksaan, gunakan panel ini untuk memastikan tiada soalan yang tertinggal.
Jangan Lupa Klik “TAMATKAN PEPERIKSAAN”
Selepas selesai menjawab semua soalan, calon perlu klik butang “TAMATKAN PEPERIKSAAN”.
Walau bagaimanapun, calon disarankan supaya tidak menunggu sehingga saat terakhir. Jika boleh, peruntukkan beberapa minit terakhir untuk membuat semakan.
Tips Menjawab Peperiksaan Pegawai Tadbir N9
1. Jangan Terlalu Lama Pada Satu Soalan
Jika berhadapan dengan soalan yang sukar, buat pertimbangan dengan baik tetapi jangan menggunakan terlalu banyak masa sehingga mengganggu soalan lain.
2. Baca Kehendak Soalan Dengan Teliti
Berikan perhatian kepada perkataan seperti “paling tepat”, “paling sesuai”, “kecuali”, “tidak benar” dan “berdasarkan situasi”.
3. Kawal Masa
Dengan tempoh 60 minit, calon perlu bergerak secara konsisten dari satu soalan ke soalan berikutnya.
4. Kurangkan Gangguan
Cari tempat yang tenang dan maklumkan kepada ahli keluarga atau orang di sekeliling bahawa anda sedang menduduki peperiksaan.
5. Sediakan Internet Alternatif Jika Ada
Jika boleh, sediakan hotspot telefon sebagai sambungan internet alternatif sekiranya sambungan utama mengalami gangguan.
Checklist Sebelum Memulakan Peperiksaan
- Laptop atau komputer berada dalam keadaan baik.
- Bateri mencukupi atau pengecas telah dipasang.
- Sambungan internet stabil.
- Google Chrome atau Mozilla Firefox tersedia.
- Maklumat log masuk telah disediakan.
- E-mel panggilan peperiksaan mudah dirujuk.
- Telefon diletakkan dalam mod senyap.
- Tempat menjawab selesa dan tidak bising.
- Air minuman telah disediakan.
- Bersedia untuk fokus selama 60 minit.
Soalan Lazim Peperiksaan Pegawai Tadbir N9
Kesimpulan
Calon Pegawai Tadbir Gred N9 yang dijadualkan menduduki peperiksaan pada 27 Ogos 2026 disarankan membuat persediaan lebih awal terutama dari segi komputer, sambungan internet dan pengurusan masa.
Peperiksaan mempunyai 50 soalan aneka pilihan dengan tempoh menjawab selama 60 minit. Pastikan anda benar-benar bersedia sebelum memasuki sistem kerana kiraan masa akan bermula selepas peperiksaan dimulakan.
Semoga segala urusan calon dipermudahkan dan dapat menjawab peperiksaan dengan tenang serta yakin.
Bagi bantu persediaan kali ini disyorkan rujukan di bawah:





Ujian Psikometrik
Persediaan Temu Duga
Pengesahan Jawatan
Pelbagai Ujian