Pengalaman Temuduga Kerajaan
Assalamu’alaikum dan Salam sejahtera kepada sesiapa sahaja yang
bergelar pembaca.
Saya pun ada pengalaman interview dengan kerajaan gak. Lepas habis
belajar kat Universiti saya ada register dengan SPA. Lepas 5 bulan baru
dapat surat suruh pergi interview di Jabatan Kerja Raya kat Jalan
Cenderasari, Kuala Lumpur. Saya dapat jawatan Pembantu Teknik
(Elektrik). Kebetulan plak saya dah kerja dengan syarikat swasta yang
ada kene mengena gak la dengan jawatan yang saya nak gi interview ni.
Saya ada masa 2 minggu untuk buat persediaan. Banyak juga usaha
yang saya buat untuk dapatkan maklumat tentang soalan-soalan
yang mungkin akan ditanya pasal kerja ni. Maklumlah sebenarnya saya
langsung tak ada pengalaman interview secara formal ni. Kerja yang
saya dapat sebelum ni pun interview dia cam gitu-gitu je, sijil pun
tak yah bawak.
Otaikan… Ok lah berbalik ngan persediaan yang saya buat, hari-hari
lepas habis waktu kerja saya akan buat research guna internet kat
office. Tapi masa tu memang tension la sebab mana ada orang buat
ebook pasal temuduga kerajaan cam sekarang. Lepas tu saya ada
gak tanya ngan senior-senior satu tempat kerja kot-kotlah diaorang
pernah ada pengalaman. Tapi diaorang pun tak pernah dapat peluang
gi interview ngan GOV cam saya ni. Nasihat dia orang ialah pakai
kemeja, pakai kasut, sijil susun kemas-kemas, berlatih cakap depan
cermin. Ringkasnya, pengetahuan tentang apa oalan-soalan yang selalu
ditanya dan macam mana nak jawab soalan saya tak dapat.
Sebabkan saya sibuk bekerja, saya letak ketepi dulu masalah tu. Malas
nak peningkan kepala. Hari interview tu saya sampai awal 10 minit
sebelum pukul 8. Sampai-sampai tu terkejut betul sebab dah ada
lebih kurang 30 orang tengah tunggu turn nak interview. Jawatan
yang sama lak tu. Hee risaunya. Masa tunggu giliran tu, saya tanya
sorang demi sorang orang yang keluar dari bilik tu “Cam mana, dia
orang tanya apa?”. Majoriti jawab diaorang tanya pasal dasar
kerajaan & dasar perindustrian negara. Sebabkan saya ni kurang
pengetahuan am, saya tanyala jawapannya sekali. Kebayakan yang
gi interview ni pernah dapat interview ngan GOV lebih dari sekali.
Yang tengah berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya pun ada.
Masa tiba turn saya, saya ketuk pintu tu. Lepas dia cakap masuk
baru saya masuk. Dalam tu ada 2 orang interviewer, lelaki & perempuan
yang sebaya dengan mak ayah saya. Soalan pertama, sila perkenalkan
diri anda dan ceritakan pengalaman kerja anda. Lepastu dia betul-betul
tanya saya pasaldasar kerajaan & dasar perindustrian negara. Nasib
baik saya dah ada jawapan. Saya rasa jawapan yang saya bagi tu
memang paling bagus pernah saya jawab. Lancar betul. Tak ada
gagap langsung.
Tapi tu lah, masa saya tengah bercakap tu saya perasan mata
interviewer perempuan tu tengah bergerak ikut lenggok tangan saya.
Pastu kaki saya pula bergoyang-goyang. Hati mula rasa tak sedap. Takkan
nak gerak tangan, nak goyang kaki masa bercakap tak boleh kot? Soalan
yang terakhir dia tanya “Kenapa awak nak jawatan ni sebab gaji yang
kita nak tawarkan ni rendah berbanding jawatan yang awak ada
sekarang?”. “Eemm, sebab ayah saya cakap kerja dengan kerajaan
ni bagus, terjamin masa depan. Saya ni anak sulung.
Saya nak bantu keluarga saya”. Tu la jawapan ikhlas saya. Mungkin
dia rasa jawapan saya menyentuh hati, maka dia tanya lagi satu
soalan “Apa kata-kata terakhir awak sebelum kita tamatkan sesi ni?”.
Saya jawab, saya harap saya dapat kerja ni & yang lain tu saya ulang
balik ayat yang sama macam saya pernah cakap tadi “Ayah saya cakap
kerja ngan kerajaan ni bagus…”.
Sebelum saya keluar dari bilik, interviewer tu ada cakap calon yang
berjaya boleh cek kat website SPA dalam masa 2 minggu. Lepas
tu minggu saya buka website, nama saya takde pun. Moral of the
story, masa bercakap janganlah banyak gerakkan tangan & kaki
sebab ia bukan sahaja memenatkan anda malah memenatkan mata
interviewer juga… renung-renungkanlah.
Shukor, KL
Untuk Pembacaan lebih banyak kisah-kisah Pengalaman calon. Rujukan di bawah adalah disyorkan untuk persediaan anda kali ini. Semoga bermanfaat.