Latihan Separa Perubatan Bertaraf Sijil dan Diploma Sesi Januari 2023
Table of Contents
TogglePENGENALAN
Separa Perubatan merupakan bidang kerjaya yang ditawarkan menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ia merupakan satu kerjaya yang ditaja oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Calon yang layak akan dipanggil ke sesi peperiksaan dan temuduga menerusi surat panggilan. Selain itu, semakan di portal SPA juga boleh dilakukan untuk melihat kelayakan.
Dalam setahun, pengambilan Separa Perubatan akan diadakan sebanyak 2 kali. Setiap calon yang melepasi tapisan peperiksaan dan temuduga akan menerima elaun bulanan sepanjang kursus tersebut dijalankan.
JENIS-JENIS LATIHAN SEPARA PERUBATAN
a) Latihan Bertaraf Diploma
Terbahagi kepada 10 jawatan :
• Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
• Latihan Jurupulih Perubatan (Anggota)
• Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
• Latihan Jururawat
• Latihan Jururawat Pergigian
• Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
• Latihan Juruteknologi Pergigian
• Latihan Juru X-Ray
• Latihan Penolong Pegawai Farmasi
• Latihan Penolong Pegawai Perubatan
b) Latihan Bertaraf Sijil
Terbahagi kepada 3 jawatan :
• Latihan Jururawat Masyarakat
• Latihan Pembantu Pembedahan Pergigian
• Latihan Pembantu Kesihatan Awam
SYARAT KELAYAKAN
Syarat kelayakan untuk memohon sijil Separa Perubatan adalah Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya oleh kerajaan dan memiliki Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. Anda boleh layari laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam untuk membuat carian terperinci mengenai syarat kelayakan.
PROSES TAPISAN DALAM SEPARA PERUBATAN
Sebelum anda diterima masuk ke dalam latihan Separa Perubatan, tapisan peperiksaan dan temuduga akan dijalankan bagi memilih calon-calon yang layak. Tapisan pertama bermula sejak calon mengisi borang permohonan di laman rasmi SPA. Calon-calon yang menepati syarat akan dipanggil ke peperiksaan Separa Perubatan. Di antara soalan-soalan yang bakal ditanya ialah Pengetahuan Am dan Ujian Psikometrik. Calon-calon yang lulus peperiksaan akan dipanggil untuk tapisan temuduga.
PERSEDIAAN EXAM DAN TEMUDUGA
Untuk itu kami menyediakan sedikit panduan dan rujukan supaya anda mempunyai maklumat yang cukup untuk menghadapi proses tapisan dalam Separa Perubatan ini. Selain itu kami juga sediakan BONUS KHUSUS serta Group Whatsapp Persediaan Sebelum exam untuk bersedia di samping memperluaskan “networking”.
RUJUKAN EXAM DAN TEMUDUGA
GROUP WHATSAPP PERSEDIAAN SEBELUM EXAM