Jawatan Kosong Perangkawan Gred E9 โ€“ Jabatan Perangkaan Malaysia

Adakah anda sedang mencari peluang kerjaya dalam sektor kerajaan? Inilah masanya! Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) kini membuka permohonan bagi jawatan Perangkawan Gred E9 di bawah Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Ini adalah peluang terbaik untuk graduan dalam bidang statistik, matematik, ekonomi, sains komputer dan bidang berkaitan untuk membina kerjaya profesional dalam perkhidmatan awam.

Maklumat Jawatan

  • Jawatan: Perangkawan Gred E9
  • Kementerian/Jabatan: Jabatan Perangkaan Malaysia
  • Kekosongan: 9
  • Simpanan: 25
  • Taraf Lantikan:
    • Calon baharu akan dilantik secara kontrak (Interim) selama 3 tahun.
    • Pegawai sedia ada yang sedang berkhidmat dalam kerajaan akan dilantik secara tetap.

Keperluan Bidang

Calon mestilah memiliki kelulusan dalam bidang berikut (seperti ditetapkan oleh Ketua Perkhidmatan):

  • Applied Statistics and Computing
  • Ekonomi (Ekonometrik/Statistik/Analisa/Gunaan/Kewangan)
  • Matematik, Matematik Aktuari
  • Matematik & Statistik dan Komputer
  • Perangkaan (Statistics)
  • Sains Data
  • Sains Komputer (Kejuruteraan Perisian, AI, Sistem Cerdas, Komputeran Industri, Pembangunan Perisian)
  • Statistik (Gunaan, Industri, Penyelidikan Operasi)
  • Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan, Sistem, Sains Komputer, Sains Maklumat, Sistem Komputer)
  • Teknologi Kejuruteraan Komputer & Komunikasi Data

Rujuk Lampiran rasmi SPA untuk senarai penuh bidang kelayakan.

Keperluan Tambahan

Hanya calon yang memiliki salah satu kelayakan berikut layak memohon:

  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian
  • Associateship Institute of Statisticians
  • Ijazah Sarjana

Kelayakan ini mesti diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan disahkan oleh senat/jawatan kuasa universiti berkaitan sebelum tarikh tutup iklan.

Tarikh Tutup Permohonan

๐Ÿ“Œ 25 Ogos 2025 (Isnin), 11:59 malam

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi SPA

Kenapa Pilih Kerjaya Sebagai Perangkawan?

  • Terlibat dalam analisis data nasional untuk membantu kerajaan membuat keputusan.
  • Menyumbang kepada pembangunan dasar berasaskan bukti.
  • Menguasai kemahiran dalam bidang statistik, big data, dan teknologi maklumat.
  • Menikmati skim perkhidmatan kerajaan dengan gaji tetap, elaun menarik, dan peluang kenaikan pangkat.

RUJUKAN PENCARI KERJA KERAJAAN

Bagi bantu persediaan kali ini kami ada sediakan ebook khas bagi bantu pemahaman pencarian kerja kerajaan . Sila dapatkan rujukan di bawah :

jawatan kosong kastam

Bonus Percuma Group Telegram Kerja Kerajaan

SENARAI PENUH JAWATAN (KLIK SINI)

Penafian: Artikel ini untuk tujuan hebahan sahaja. Sila rujuk iklan rasmi SPA/KKM untuk maklumat penuh.

Scroll to Top