

coming soon
Ujian MyPersonaliti MARA DG9 merupakan salah satu penilaian psikometrik yang digunakan untuk menilai personaliti, sikap, nilai kerja dan kesesuaian calon terhadap jawatan yang dipohon.
Melalui ujian ini, calon akan dinilai berdasarkan beberapa ciri penting seperti integriti, disiplin, tanggungjawab, kerjasama, keyakinan diri dan kebolehan membuat keputusan.
Apa Itu MyPersonaliti MARA DG9?
MyPersonaliti MARA DG9 ialah ujian yang mengukur aspek keperibadian seseorang calon. Ujian ini bukan menguji pengetahuan akademik, tetapi lebih kepada mengenal pasti sikap, karakter dan kesesuaian calon dengan bidang pekerjaan yang dipohon.
Bagi calon guru MARA DG9, personaliti yang positif amat penting kerana seorang pendidik perlu mempunyai sifat sabar, amanah, bertanggungjawab dan mampu berinteraksi dengan pelajar serta masyarakat.
Aspek Yang Dinilai Dalam Ujian MyPersonaliti MARA
- Integriti – Bersikap jujur dan amanah dalam menjalankan tugas.
- Tanggungjawab – Mampu melaksanakan tugasan dengan komited.
- Kerja Berpasukan – Boleh bekerjasama dengan rakan sekerja.
- Kawalan Emosi – Mampu mengurus tekanan dan cabaran dengan baik.
- Kepimpinan – Mempunyai keyakinan dan kebolehan membuat keputusan.
Contoh Pernyataan Ujian MyPersonaliti MARA
Antara contoh bentuk soalan yang mungkin diberikan ialah:
“Saya sentiasa memastikan tugasan yang diberikan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan.”
Calon perlu memilih jawapan yang paling menggambarkan diri sendiri seperti:
- Sangat Setuju
- Setuju
- Tidak Pasti
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Tips Lulus Ujian MyPersonaliti MARA DG9
1. Jawab Dengan Jujur Dan Konsisten
Elakkan mengubah-ubah jawapan kerana ujian personaliti biasanya mempunyai soalan yang hampir sama untuk melihat tahap konsistensi calon.
2. Fahami Peranan Guru
Calon perlu menunjukkan ciri seorang pendidik seperti penyabar, prihatin, bertanggungjawab dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.
3. Elakkan Jawapan Terlalu Ekstrem
Pilih jawapan yang menggambarkan personaliti positif dan seimbang.
4. Buat Latihan Awal
Latihan contoh soalan dapat membantu calon memahami corak ujian dan meningkatkan keyakinan.
Bagi bantu persediaan kali ini, kami ada sediakan rujukan khusus untuk ujian MyPersonaliti Ini seperti di bawah:




coming soon
Artikel berkaitan
- Group Whatsapp Ujian MyPersonaliti
- Sesi Mara Assessment Centre
