

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah mengeluarkan Hebahan Panggilan Temu Duga Jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP) di Semenanjung Tahun 2026 bagi Siri Ketujuh hingga Siri Kesepuluh (Siri Akhir).
Bagi calon yang pernah membuat permohonan jawatan melalui SPP, anda disarankan membuat semakan dengan segera bagi mengetahui sama ada nama anda termasuk dalam senarai calon yang dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga kali ini.
Semakan panggilan boleh dibuat melalui sistem semakan rasmi SPP menggunakan nombor MyKad. Calon yang berjaya dipanggil juga boleh mendapatkan Slip Panggilan Temu Duga melalui sistem berkenaan.
Namun, selepas menerima panggilan temu duga, perkara paling penting bukan sekadar mengetahui tarikh dan lokasi temu duga. Calon perlu menggunakan tempoh yang ada untuk membuat persediaan kerana sesi temu duga merupakan peluang untuk meyakinkan panel bahawa anda benar-benar sesuai untuk berkhidmat dalam sektor pendidikan.
KENALI JAWATAN AKP YANG ANDA MOHON
Antara kesilapan calon ialah datang temu duga tanpa memahami dengan jelas jawatan yang dipohon.
Sebelum hadir, calon perlu mengetahui sekurang-kurangnya:
- Nama penuh jawatan dan gred yang dipohon.
- Skop serta tanggungjawab utama jawatan.
- Tempat atau organisasi yang mungkin menjadi lokasi penempatan.
- Kemahiran yang diperlukan bagi melaksanakan tugas.
- Bagaimana pengalaman dan kelayakan anda boleh membantu dalam jawatan tersebut.
SPP turut menyediakan maklumat berkaitan jawatan Anggota Kumpulan Pelaksana untuk rujukan pemohon.
Anda tidak perlu menghafal keseluruhan deskripsi tugas. Sebaliknya, cuba fahami fungsi jawatan supaya apabila panel bertanya, jawapan anda kedengaran lebih semula jadi dan bukan sekadar hafalan.
Bagi bantu persediaan kali ini, rujukan di bawah boleh membantu:





Ujian Psikometrik
Persediaan Temu Duga
Pengesahan Jawatan
Pelbagai Ujian