
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) telah mengumumkan pelaksanaan urusan temu duga bagi calon-calon Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ke jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG9 Tahun 2026.
Menurut hebahan rasmi SPP, urusan temu duga ini melibatkan calon daripada program berikut:
- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP)
- Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM)
- Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) perakuan semula / pentaksiran khas
- Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK)
- Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) perakuan semula / pentaksiran khas
Tarikh dan Lokasi Temu Duga
Temu duga akan berlangsung pada 22 hingga 23 April 2026 (Rabu hingga Khamis) melibatkan beberapa pusat temu duga iaitu:
- Putrajaya
- Kota Kinabalu, Sabah
- Kuching, Sarawak
Antara Opsyen Yang Terlibat
Antara opsyen yang dipanggil temu duga termasuk:
- Bahasa Melayu
- Bahasa Inggeris
- Bahasa Cina
- Bahasa Tamil
- Bahasa Arab
- Bahasa Iban
- Bahasa Kadazan/Dusun
- Matematik
- Fizik
- Kimia
- Biologi
- Sains
- Sains Komputer
- Sejarah
- Geografi
- Pendidikan Islam
- Pendidikan Moral
- Pendidikan Muzik
- Pendidikan Seni Visual
- Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
- Pendidikan Khas
- Bimbingan dan Kaunseling
- TESL
- Teknologi Elektrik
- Teknologi Elektronik
- Teknologi Automotif
- Teknologi Kimpalan dan Fabrikasi Logam
- Reka Bentuk dan Teknologi
- Pengajian Al-Quran
- Dini
Semakan Panggilan Temu Duga
Calon boleh membuat semakan panggilan temu duga melalui portal rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).
SPP turut mengingatkan calon supaya sentiasa mendapatkan maklumat melalui saluran rasmi dan berhati-hati terhadap sebarang penipuan yang menggunakan nama suruhanjaya tersebut.
Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan melalui laman web rasmi:
๐ spp.spab.gov.my
atau menghubungi:
Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP)
Aras 1-4, Blok F9, Kompleks F,
Lebuh Perdana Timur, Presint 1,
62000 Putrajaya, Malaysia.
Tel : +603-8000 8000
Sumber Rasmi
#SPP #KPM #DG9 #TemuDugaSPP #PegawaiPerkhidmatanPendidikan #KerjayaKerajaan
