AWAS! Jangan Jadi Mangsa Scammer Surat Tawaran SPA

Masih ada pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mengambil kesempatan terhadap calon pekerjaan dengan menggunakan nama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Ramai yang terlalu teruja apabila menerima “surat tawaran kerja” sehingga tidak menyedari mereka sedang diperdaya scammer.

Ingat! Tawaran pelantikan yang sah TIDAK akan melibatkan perkara berikut:

Minta bayaran atau duit proses
SPA tidak pernah meminta sebarang bayaran untuk urusan pelantikan.

Lantikan tanpa sesi temuduga
Tiada jalan pintas. Pelantikan rasmi perlu melalui proses yang ditetapkan.

Surat atau e-mel rawak yang meragukan
Semua tawaran rasmi hanya melalui portal SPA9 dan saluran rasmi SPA sahaja.

✅ Sentiasa semak maklumat di portal rasmi SPA9 bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.

Kongsikan peringatan ini kepada keluarga dan rakan-rakan supaya lebih ramai sentiasa berwaspada dan selamat daripada scammer.

#SPATelus
#ElakJadiMangsaScammer
#SuruhanjayaPerkhidmatanAwamMalaysia
#MalaysiaMADANI
#KembaraKerjayaMADANI

Pilih Panduan Yang Sesuai Untuk Anda

Lihat koleksi ebook persediaan ujian, temu duga dan pengesahan jawatan kerajaan.

Harga ebook bermula RM40

Lihat Semua Ebook

Perlukan Bantuan?

Ada sebarang pertanyaan mengenai kerjaya dan rujukan? Hubungi admin untuk mendapatkan bantuan.

Bantuan Admin

JY KERJAYA ENTERPRISE
No. Pendaftaran SSM: 202503195329 (003753898-W)
Polisi Bayaran Balik

Jumlah pelawat: 1332130

Scroll to Top